Loading...

Monday, February 8, 2010

Artwork : New Waja (Impression)

new header - auto akasia

Selepas saya melihat poster untuk Peraduan Namakan Proton Sedan baru2 ni, berdasarkan rekabentuk kereta (garisan merah) pada poster tersebut, maka lahirlah impression saya dan diluahkan pada artwork ni, hehe.. lampu hadapan yang digunakan berdasarkan rekabentuk Lancer, grill diubahsuai dari model VW Passat.. Layan~

Saturday, February 6, 2010

Kelisa Mini-Cooper Design Custom

Kelisa Mini-Cooper
Design Custom

Saya dah lama minat model keluaran Perodua, Kelisa.. Sebab comel.. Drive pun best je.. Cuma saiznya je yang agak kecil.. Kalau ada sebuah Kelisa, nak je saya pasang Kelisa Mini-Cooper Kit nie.. hehe.. Layan~

sumber foto dari monstermodz

Fullset Kelisa Mini Cooper kit (1)
(click here for more info)
  • Custom-made Mini front grill and hood.
  • Widebody arches.
  • Front rear Mini bumper.
  • Sideskirts.
  • Fullcar Crystal white respraying with Mini black linings.
sumber foto dari monstermodz

Fullset Kelisa Mini Cooper kit (2)
(click here for more info)

Peraduan Namakan Proton Sedan

POSTER - Peraduan Namakan Proton Sedan

Maklumat ini, saya perolehi dari Funtasticko Design.. Mengenai Peraduan Menamakan Proton Sedan, di mana ia terbuka kepada semua warga Proton (PHB, PESB, PTM & Miyazu).. Difahamkan, model yang maksudkan kemungkinan besar adalah model gantian Waja (Waja Replacement Model).. Saya berminat dengan garisan merah berbentuk kereta tu.. Adakah ia, WAJA 2010..???

Friday, February 5, 2010

Modifikasi : Yamaha FZ150i

Yamaha FZ150i
Seperti yang kita tahu, model Yamaha FZ150i ini telah diperkenalkan ke pasaran Malaysia beberapa tahun yang lalu.. Cuma kali ni, saya ingin berkongsi dengan anda, hasil modifikasi model Yamaha ini.. Hasil modifikasi ini, adalah dari Malaysia.. Memang kreatif..!!

ni laa hasil modifikasi yang dimaksudkan tu..

Menurut pemilik Yamaha FZ150i ni, antara part2 yang digunakan dalam modofikasi ini adalah:
  • fairing 135LC (seperti dalam gambar kat atas ni..)
  • handle kips..
  • side mirror koso..
  • engine cover..
  • spotlight..
  • windshield cataly..
  • dan beberapa fairing accessories (serta aksesori kecil yang lain..)
Actually, ada modifikasi yang dibuat oleh pemilik FZ150i nie sebelum memulakan modifikasi di atas ni.. kalau nak tahu.. jom layan video2 ni bawah nie..


PART ONE - MY BABY DRAGON FZ150i


PART TWO - MY BABY DRAGON FZ150i


PART THREE - MY BABY DRAGON FZ150i

Thursday, February 4, 2010

Photoshopped : Saga Modified

hasil modifikasi menggunakan adobe photoshop

hasil modifikasi kali ni, saya gunakan model Saga (BLM).. tiada ubahsuai ekstrim untuk hasil kali ni, hanya menukar grill dan bumper depan.. tambahan skirting dan air scoop di atas standard hood Saga, sportrim dan cermin gelap, grafik di sisi pintu depan dan belakang, dan kereta direndahkan.. headlamp masih dikekalkan.. so, macam mana..?? OK tak..???

Friday, January 29, 2010

UMW Toyota Tidak Terjejas

Seperti yang dinyatakan oleh Bernama & Buletin Utama (TV3)
  • Pengesahan daripada syarikat induk dari Jepun (Toyota Motor Corporation) bahawa ke semua model Toyota dan Lexus yang dijual UMW Toyota tidak terjejas oleh langkah memanggil semula di Amerika Syarikat.
  • Komponen injak pemecut model-model terjejas yang digunakan di pasaran AS berbeza dengan model-model Toyota dan Lexus yang dijual di Malaysia oleh UMW Toyota. Tiada sebab untuk rasa bimbang mengenai perkara ini.
  • Toyota Motor Sales dari Amerika Syarikat mengumumkan penarikan balik 2.3 juta unit yang melibatkan lapan model Toyota, dan mengeluarkan kenyataan susulan berhubung penggantungan jualan model-model terpilih.
Berita penarikan semula model2 Toyota boleh dirujuk dengan klik di sini.
(Funtastickodesign & Autoblog.com)

Saturday, January 23, 2010

Artwork : Putra Neo Concept

Putra Neo Concept
by: g-mie

Artwork ni, tercetus selepas saya lihat model hasil rekaan pekerja2 Proton ketika dipamerkan sempena Hari Keluarga Proton baru2 ni.. Di mana,rekabentuk yang diketengahkan sangat menarik dan unik..

Jadi di sini, saya guna idea di atas ini, untuk hasilkan rekabentuk Proton Putra Neo Concept.. Di mana, rekabentuk hadapan diambil dari model Satria Neo CPS, dengan sentuhan grill hadapan Persona.. Side mirror pula, saya ambil dari rekabentuk Waja.. Pada pendapat saya, dengan teknologi yang ada pada Lotus (dengan kepakaran mereka dalam rekabentuk kereta sport), saya yakin Proton boleh hasilkan kereta seumpama ini..

layan~

Tuesday, January 19, 2010

Artwork : Persona Replacement

PERSONA REPLACEMENT
my impression

Masih belum ada imej2 yang meyakinkan tentang model gantian Persona.. Apa yang saya sediakan ni, hanyalah gambaran dan imaginasi sahaja.. Berdasarkan hasil yang saya paparkan kali ni, bahagian hadapan model ini saya ambil dari model Saga (BLM) dan ada sedikit dari Persona yang sedia ada kini.. Layan je laaa eak~

hasil kerja ini disiapkan kira-kira 3 hingga 4 jam..

Saturday, January 16, 2010

Artwork : Savvy facelift 2010

SAVVY facelift
design by : g-mie

kerja2 photoshop kembali lagi.. kali ni, saya ketengahkan model Proton Savvy.. antara ciri2 ubahsuai yang saya beri pada model Savvy ini:
  • grill dari model Exora PRIME..
  • headlamp Waja..
  • bumper depan Satria Neo CPS..
  • bumbung hitam, inspirasi dari Saga SE..
di bawah ni, Myvi facelift dan Savvy facelift rekaan saya..


Friday, January 8, 2010

Artwork : ViVA SE

ViVA Special Edition
by: g-mie

yahoO~!! rasanya ni artwork pertama untuk tahun 2010.. memperkenalkan ViVA SE (haha~!!) yang saya ubahsuai rekabentuknya.. bodykit & spoiler saya ambil dari MyVi SE.. dan buat ubahsuai pada lampu belakang.. amacam..?? OK tak..?? hehe.. layan~

perbezaan ViVA & ViVA SE